Showing posts with label Gadis. Show all posts
Showing posts with label Gadis. Show all posts

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Gadis Trex Production)



Bird's Eye View


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Bird's Eye View merupakan gambaran gambar daripada atas yang digemari oleh semua orang.  Namun bagi saya, pemandangan daripada atas agak menggerunkan. Namun semasa sesi penggambaran gambar jenis Bird's Eye View banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya. Hal ini demkian kerana, ia dapat menghilangkan rasa takut ketika berada di tempat tinggi. Malah pemandangan seperti gambar diatas kerapkali muncul di google maps semasa sesi pencarian lokasi. oleh itu, tiga gambar diatas membuktikan bahawa pemandangan daripada atas memberikan pemandangan yang terperinci dan jelas kepada pembaca blog.


BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)


Over The Shoulder

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Over The Shoulder merupakan gambar yang diambil dari sudut pelbagai sisi atau sisi belakang. Gambar yang diambil adalah merupakan eleman mudah difahami oleh pembaca blogger ini. Tiga gambar yang disiarkan pada kali ini menjelaskan ukhuwah antara mereka sangat kuat. Malah dari segi persembahan gambar ini sangat menarik kerana seolah-olah mereka sedang melakonkan babak-babak dalam drama atau filem. Hal ini kerana, kebanyakkan gambar seperti Over The Shoulder banyak diambil sebagai montaj filem, drama. Misalnya bagi gambar ketiga boleh dijadikan montaj drama persahabatan atau pengembaraan bersama teman dan sebagainya. Malah, gambar seperti Over The Shoulder ini juga banyak dijadikan iklan, poster dan sebagainya. Oleh itu, bagi blogger gambar seperti Over The Shoulder banyak kelebihan yang boleh diperoleh.



BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)


Mug Shot 




                  
                            Gambar 1: Gembira                                  Gambar 2: Marah

Gambar 3: Sedih



Penulisan blog pada kali ini lebih berfokuskan kepada asas fotografi. Tugasan yang diberikan kepada kami memerlukan komitmen kerja berkumpulan. Hal ini demikian kerana semasa menghasilkan gambar Mug Shot, kami membuat pemilihan model secara rawak. Oleh itu, saya juga tersenarai menjadi model bagi gambar Mug Shot  kumpulan Gadis Trex Production. Bagi gambar kedua saya menjadi model bagi emosi marah. Semasa sesi penggambaran ini, saya dibantu oleh semua ahli kumpulan untuk menghasilkan mimik muka dan emosi marah. Malah, kelemahan saya adalah sukar untuk menghasilkan emosi marah ketika berhadapan dengan camera. Oleh itu, semua ahli kumpulan memberikan ruang kepada saya untuk membuat emosi marah secara sepontan. 

Tugasan yang diberikan oleh Prof. sangat memberi input yang baharu kepada saya tentang asas fotografi. Sesungguhnya untuk mengambil gambar bukanlah sesuatu yang mudah, ianya memerlukan ilmu fotografi yang mendalam agar gambar berkenaan akan lebih berkualiti berbanding kuantiti. 






BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)

                                                      Medium Shot Manusia


Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3

Koleksi ketiga-tiga gambar Medium Shot bagi manusia diatas sangat memberikan satu aura yang pelbagai kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagi blogger gambar diatas sangat menarik perhatian kerana jarak yang diambil sangat jelas. Selain itu, gambar diatas kerapkali diambil oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki. Hal ini jelas terbukti seperti gaya lenggokkan badan ketiga-tiga model berkenaan. Ketiga-tiga gambar diatas mempunyai pelbagai eleman seperti gambar satu eleman gaya bersahaja manakala gambar kedua eleman gaya santai dan akhir sekali eleman gaya candid atau tidak sengaja.

Medium Shot Pemandangan


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Di samping itu, koleksi gambar seperti diatas juga banyak mencuri tumpuan juru gambar. Juru gambar kerapkali menghasilkan penggambaran gambar seperti ini untuk diletakkan pada muka hadapan majalah, buku dekorasi halaman rumah dan sebagainya. Gambar seperti diatas banyak memberikan ilmu fotografi kepada juru gambar baharu ingin menceburi bidang juru gambar. Oleh itu, koleksi gambar diatas perlu diperbanyakkan lagi supaya kita didedahkan dengan unsur keindahan diluar negara dengan pelbagai tempat yang menarik dan sebagainya. Gambar yang diambil di sekitar negara Jepun bagi Medium Shot Pemandangan.


BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

 Long Shot Manusia



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Tugasan bagi kursus Multimedia dalam Bahasa sangat berguna kepada kami semua. Misalnya kami dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik menerusi Long Shot bagi manusia. Semasa sesi penggambaran ketiga-tiga gambar diatas sangatlah mencabar keupayaan kami semua yang tidak memiliki asas fotografi. Namun, bekerja secara berkumpulan kami dapat menghasilkan gambar yang terbaik daripada sebelum ini. Ketiga-tiga gambar diatas mempunyai nilai sentimental kepada saya sendiri kerana cara pengambilan gambar berkenaan sangat sesuai dan jelas. Hal ini jelas terbukti bahawa gambar berkenaan merupakan gambar Long Shot bagi manusia. Malah, sesi penggambaran ini banyak menghasilkan gambar yang berkualiti.



Long Shot Pemandangan

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Gambar yang seterusnya, mempunyai eleman yang sangat menarik perhatian saya. Saya pasti pembaca blog ini juga tertarik dengan Long Shot bagi pemandangan gambar diatas. Penghasilan gambar ini seringkali menjadi tumpuan semua orang ketika melancong bersama keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan. Daya tarikan gambar diatas akan sentiasa mencuri tumpuan semua orang untuk menyiarkan atau mengemaskini gambar di media sosial. Antara platform yang menjadi tumpuan untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, Blog, Instagram. Malah gambar diatas  ini juga boleh dijadikan latar belakang komputer, telefon dan sebagainya.







BBM3410Satu2019: Close-Up (Gadis Trex Production)

Close-Up Manusia

   
Gambar 1: Gembira                                                                       Gambar 2: Sedih



                                                           Gambar 3: Marah


Penulisan blog yang seterusnya mengenai gambar jenis Close-Up. Pemilihan tiga jenis gambar yang berbeza melibatkan tiga emosi seperti gembira, marah dan sedih. Bagi gambar satu jelas menunjukkan kegembiraan yang sangat ketara. Gambar satu kerapkali muncul di muka hadapan majalah, kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Malah gambar satu mempunyai aura yang positif berbanding gambar kedua dan ketiga.


Seterusnya bagi gambar kedua  melibatkan emosi sedih. Gambar jenis Close-Up ini sering kali muncul di Mykid atau passport bagi bayi dan kanak-kanak. Hal ini kerana memerlukan wajah yang lebih dekat dan jelas menunjukkan wajah seseorang.  



Gambar Close-Up yang kedua pula melibatkan emosi marah. Semasa sesi penggambaran model yang dipilih mempunyai daya kreativiti dan kreatif. Hal ini demikian kerana model gambar ketiga memberi idea untuk mengambil gambar beliau berlatar belakangkan bunga. Hasilnya beliau dapat memberikan emosi marah dengan baik.





                                                    Close-Up Bukan Manusia



Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Close-Up bukan manusia merupakan satu daya tarikan juru gambar profesional untuk meningkatkan lagi kemahiran menangkap gambar seperti gambar flora. Gambar seperti diatas banyak dijadikan latar belakang dan dihiasi dengan kata-kata puitis. Hal ini demikian kerana, masyarakat di Malaysia gemar dengan tulisan berbentuk puitis daripada A. Samad Said, Baha Zain, Datuk Zurinah Hassan dan sebagainya. Oleh itu, juru gambar atau sesiapa sahaja akan menyimpan gambar dan menyunting kata-kata motivasi, kata-kata puitis dan diletakkan sebelah kawasan bunga mahupun daun-daun hijau seperti gambar diatas.




Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...