Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

SUATU KETIKA

Assalamualaikum pembaca blog Nageeha Mohamad.

Pada kali ini pembaca blog akan diberikan satu nafas baharu untuk mengenali aku secara lebih dekat. Aku merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.  Aku mempunyai dua orang kakak, dua orang adik iaitu lelaki dan perempuan. Alhamdulillah aku mempunyai syurga dunia dan akhirat yang paling penting iaitu ma abah. Mereka banyak memberikan kata-kata semangat dikala kami adik-beradik memerlukkan kekuatan. Malah dengan didikan yang diberikan menjadi kami semua berjaya sehingga kini.

Aku merupakan anak jati Kelantan malah ma abah sentiasa memberikan nasihat yang berguna agar kami adik-beradik tidak lalai dengan permainan dunia. Pada tahun ini iaitu 2019 merupakan tahun yang sangat penting bagi aku, kerana aku sudah menetap di Selangor selama 3 tahun. Sepanjang tempoh 3 tahun belajar di negeri orang, pelbagai rasa yang menghantui diriku.

Pembaca blog mesti tertanya-tanya? Perkara yang menghantui aku ialah perasaan rindu yang membuak-buak. Sungguh!!! Perasaan ini sangat menyiksakan diri aku sendiri. Namun berbekalkan amanat ma abah kepada aku. ''Belajarlah selagi mampu sebab ma abah belum pernah merasai nikmat belajar yang betul'' dan ''Belajar untuk hidup masa sekarang dan masa hadapan''.

Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah ma abah akan memberikan kata-kata nasihat. Walalupun keluarga kami sederhana tetapi aku berdoa supaya Allah sederhanakan segala rasa sekiranya kami semua berjaya dunia dan akhirat.

Kisah keluarga aku hanyalah sebuah cerita yang sama dengan semua orang. Namun corak penceritaan kehidupan, kita sendiri yang menentukan baik mahupun buruk. Aku berharap berbaki usia aku pada tahun ini aku mampu berbakti kepada keluarga aku terutama ma abah. Ma abah merupakan tunjang kejayaan kami adik-beradik. Terima kasih ma abah kerana masih gah mendoakan anakmu yang lagha, lalai denga dunia yag penuh penipuan. Ma abah doakanlah anakmu ini agar tidak terpesong dengan jelingan dunia.

Ya Allah terima kasih kerana hadirkan keluarga kecil tetapi jiwa kami besar bila semuanya bersatu. Aku rindu keluargaku dan  seluruh segenap rasa ini tidak akan pernah hilang walaupun kita akan bertukar status, usia dan sebagainya. Sesungguhnya aku rindu keluarga di Kampung.

No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...