Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

 Long Shot Manusia



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Tugasan bagi kursus Multimedia dalam Bahasa sangat berguna kepada kami semua. Misalnya kami dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik menerusi Long Shot bagi manusia. Semasa sesi penggambaran ketiga-tiga gambar diatas sangatlah mencabar keupayaan kami semua yang tidak memiliki asas fotografi. Namun, bekerja secara berkumpulan kami dapat menghasilkan gambar yang terbaik daripada sebelum ini. Ketiga-tiga gambar diatas mempunyai nilai sentimental kepada saya sendiri kerana cara pengambilan gambar berkenaan sangat sesuai dan jelas. Hal ini jelas terbukti bahawa gambar berkenaan merupakan gambar Long Shot bagi manusia. Malah, sesi penggambaran ini banyak menghasilkan gambar yang berkualiti.



Long Shot Pemandangan

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Gambar yang seterusnya, mempunyai eleman yang sangat menarik perhatian saya. Saya pasti pembaca blog ini juga tertarik dengan Long Shot bagi pemandangan gambar diatas. Penghasilan gambar ini seringkali menjadi tumpuan semua orang ketika melancong bersama keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan. Daya tarikan gambar diatas akan sentiasa mencuri tumpuan semua orang untuk menyiarkan atau mengemaskini gambar di media sosial. Antara platform yang menjadi tumpuan untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, Blog, Instagram. Malah gambar diatas  ini juga boleh dijadikan latar belakang komputer, telefon dan sebagainya.







No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...