Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Close-Up (Gadis Trex Production)

Close-Up Manusia

   
Gambar 1: Gembira                                                                       Gambar 2: Sedih



                                                           Gambar 3: Marah


Penulisan blog yang seterusnya mengenai gambar jenis Close-Up. Pemilihan tiga jenis gambar yang berbeza melibatkan tiga emosi seperti gembira, marah dan sedih. Bagi gambar satu jelas menunjukkan kegembiraan yang sangat ketara. Gambar satu kerapkali muncul di muka hadapan majalah, kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Malah gambar satu mempunyai aura yang positif berbanding gambar kedua dan ketiga.


Seterusnya bagi gambar kedua  melibatkan emosi sedih. Gambar jenis Close-Up ini sering kali muncul di Mykid atau passport bagi bayi dan kanak-kanak. Hal ini kerana memerlukan wajah yang lebih dekat dan jelas menunjukkan wajah seseorang.  



Gambar Close-Up yang kedua pula melibatkan emosi marah. Semasa sesi penggambaran model yang dipilih mempunyai daya kreativiti dan kreatif. Hal ini demikian kerana model gambar ketiga memberi idea untuk mengambil gambar beliau berlatar belakangkan bunga. Hasilnya beliau dapat memberikan emosi marah dengan baik.





                                                    Close-Up Bukan Manusia



Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Close-Up bukan manusia merupakan satu daya tarikan juru gambar profesional untuk meningkatkan lagi kemahiran menangkap gambar seperti gambar flora. Gambar seperti diatas banyak dijadikan latar belakang dan dihiasi dengan kata-kata puitis. Hal ini demikian kerana, masyarakat di Malaysia gemar dengan tulisan berbentuk puitis daripada A. Samad Said, Baha Zain, Datuk Zurinah Hassan dan sebagainya. Oleh itu, juru gambar atau sesiapa sahaja akan menyimpan gambar dan menyunting kata-kata motivasi, kata-kata puitis dan diletakkan sebelah kawasan bunga mahupun daun-daun hijau seperti gambar diatas.




No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...