Thursday, December 15, 2022

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu

Mengukir daun-daun yang jatuh

Tak sama seperti memetik bunga di taman


Kamu mekar di saat lingkaran tangan yang lain

Dahulu ku kutip rapuhmu menjadi utuh

Kini yang di rangkul matahari terik


Nama mu kekal dalam jiwa

Meski seribu pasir memasuki mata

Tak semua mampu menolak namamu dalam jiwaku

Tetaplah mekar dalam jiwa selama-lamanya

Walaupun kini, haluan kita bebeza


Kau pergi beribu 

Akan ku tetap setia menanti

Kepulangan airmatamu

Untuk menadah sisa sisa manusia yang lukakan hatimu

Kerna kau akan tetap mekar dalam jiwa







Thursday, December 26, 2019

BBM3410Satu: Kalender

Assalamualaikum semua...
Hari ini saya akan nak kongsi beberapa keping gambar kalender aku buat sendiri tau. Mesti korang kagum kan? Hehhehe. Takde lah sebenarnya Prof. dan En. Akmal yang banyak memberikan tunjuk macam mana nak buat kalender di Photoshop. 

Jom kawan-kawan tengok hasil kalender saya. 




Gambar di atas gambar saya tau. Gambar muka depan kalender. Cantik tak cover depan saya. Jap saya bagi clear sikit gambar cover depan. Jap tau....




Tadaaa inilah cover depan kalender Fatin Nageeha





Okey atas tu gambar bulan januari. Cantik tak? Hehhehe 







Okey gambar kedua pula, bulan Februari okey.





Okey ini pula bulan Mac. Bulan Mac ialah bulan paling saya sayang. Hehhe sebab Birthday ma saya. Love youu so much maa. 💓



Kalendar bulan April okey tak? 


 Ni pula bulan Mei ye kawan-kawan.


Bulan Jun 💓

Kalendar bulan Julai. Saya letak kenangan disini kawan kawan.



Bulan Ogos



 Bulan September bulan yang dinanti-nantikan oleh planet bumi. Hehhehe



Bulan November merupakan bulan yang memiliki aura yang aum, positif kepada saya. 


Bulan Disember merupakan bulan kelahiran saya. Jangan lupa wish tau kawan-kawan 🙆💓. 02/12 ulang tahun kelahiran saya.



Okeylah kawan-kawan itu sahajalah perkongsian gambar kalendar saya. Kalau ada sesiapa yang ingin gambar mereka menjadi cover kalander mereka. Haa bolehlah dm,pm saya tau. Boleh follow ig saya @aufanageeha okey. 


Saya kasi harga mur-mur je okey. Bye semuaaaaaa

Sunday, December 22, 2019

BBM3410: Ketika dan kalimatSatu2019 (Facebook)

Hello semua, gambar di bawah merupakan posting terakhir kelas Multimedia dalam Bahasa di Facebook . Tugasan ketika dan kalimat ini ditulis mengenai kisah kami semua semasa mengikut kelas Multimedia dalam bahasa. Jom kawan-kawan baca saya punya penceritaan di Facebook. Kawan-kawan boleh Add saya di Facebook @fatinnageeha ok.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=136177074491971&id=100042990376958

Posting Ketika dan kalimat di Facebook

Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: Minggu 7 Lagi-lagi Twitter Redha



Baiklah untuk tugasan di twitter yang diberikan ketika kelas amali oleh En. Akmal sangat-sangat memberikan kepenatan otak. Hahahahahaha. Minat maaf En.Akmal kelas saya terlampau pack setiap pagi menyebabkan otak saya tepu. Nasib baik En. Akmal memberikan tugasan yang santai. Santai-santai pun tangan menaip dan macam mesin cetak untuk membuat bebenang.
Kalau kawan-kawan nak tahu bebenang apa yang saya ceritakan, bolehlah follow Twitter saya @fatinnageehamohadd ye.




Cerita sosial 5: Jiran






Selepas saya menyiapkan bebenang cerita sosial 5: Jiran saya diberikan tugasan untuk membuat rumusan pendekatan yang saya peroleh daripada Kajian Wacana  dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2018) oleh Normaliza Abd Rahim ialah Pra-Andaian, Emosi, Nilai dan Budaya, Bahasa dan Inferens. Gambar yang diambil mengikut teori yang digunakan. 



Rumusan Pendekatan yang digunakan





Seterusnya, pada minggu 7 kelas amali bukan biasa-biasa banyak sangat kerjanya. Wifi pula slow sangat-sangat susah nak upload kesemua gambar atau kaspyen di media sosial. Kami diberikan tugasan untuk Retweet with comment kepada lima orang yang bebeza. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah saya screenshot.






Kawan-kawan kelas amali memang padu, wow lepas dah Retweet with comment kena catat di buku Eh!! Media sosial pada halaman 33. Hahahahahah sungguh menyiksakan jiwa raga saya. selepas itu, tugasan lain pula menjelma, saya diberikan tugasan untuk membuat latihan/aktiviti buku yang sama pada halaman 35 berkaitan lima berita pada hari ini di dalam akuan twitter anda. 




Aktiviti Berita



Retweet with comment



BBM3410Satu2019: Minggu9 Kelas Amali (Facebook)

Tugasan yang diberikan oleh En.Akmal pada minggu ke 9 di Facebook. Tugasan yang pertama ialah kata-kata motivasi dalam buku Eh!!! Media Sosial manakala Ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.

Aktiviti 3: Kelas Amali Multimedia dalam Bahasa. 'Kata-kata motivasi' Kata motivasi pun boleh kaitkan dengan Indah Ruhaila ye 😅
Rujukan: 
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. 2019. Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.




Seterusnya Ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.




Berikut dibawah merupakan Ringkasan Bab 5: Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi.

Kelas amali kali ini akan meringkaskan buku Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.
Ringkasan yang dapat saya berikan di dalam bab 5 'Taksonami dan Pendekatan Strategi Komunikasi' ialah menurut Tarone (1977), strategi komunikasi merupakan eleman yang penting dalam memberikan pengetahuan kepada orang ramai seperti pengelakan, prafrasa, pemindahan secara sedar, meminta pertolongan dan mimikan.
Malah Tarone (1980) ini juga telah menerangkan kesemua eleman ini kepada pembaca untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai kelima-lima eleman berkenaan. Di samping itu, Tarone (1980) juga telah memberikan penerangan mengenai parafrasa. Parafrasa terbahagi kepada tiga bahagian penting iaitu penggunaan item perbendaharaan kata, membuat kata baharu untuk berkomunikasi dan menggunakan struktur bahasa yang sesuai.

Seterusnya, Johnstone (1989) telah memberikan beberapa strategi komunikasi bagi memudahkan pembaca untuk memahami erti startegi komunikasi sebenar. Antaranya ialah pertukaran kod (code switching gesticulation), terjemahan literal dan asing, cipta perkataan baharu (word coinage), pemudahan (simplification), generalisasi, prafrasa, menghiduplan semila dan menghampiri (restart and approximation), mewujdukan identiti asing (establish foreign identity) dan rayuan untuk penambaikab dan pengesahan (appeal for repair and confirmation). Malah di dalam buku ini juga, Johnstone (1989) juga telah memberikan penjelasan mengenai setiap strategi komunikasi. Antaranya ialah pertukaran kod. Johnstone memberikan makna bagi pertukaran kod ialah penggunaan unsur-unsur dari dua bahasa dalam ucapan yang sama atau dalam perbualan yang sama. manakala, terjemahan literal dan asing bermaksud terjemahan perkataan untuk perkataan dari bahasa ibunda ke bahasa asing.
Selain itu juga, tokoh yang memberikan jusfikasi mengenai strategi komunikasi ini juga seperti Faerch & Kasper (1983). Tokoh ini telah memberikan tiga aspek pembelajaran bahasa iaitu pembentukan hipotesis, penilaian hipotesis dan proses automasi. Di samping itu, di dalam buku ini dua tokoh iaitu Faerch & Kasper telah memberikan penerangan mengenai ketiga-tiga aspek strategi komunikasi. Oleh itu, saya akan menyimpulkan kesemua ketiga-tiga aspek berkenaan secara ringkas agar pembaca mudah faham dan jelas mengenai aspek yang ditonjolkan. Aspek yang pertama ialah pembentukan hipotesis ia merujuk kepada pendirian atau pendapat tentang andaian sesorang. Manakala aspek kedua menjelaskan penilaian hipotesis berkaitan dengan pencapaian yang dilakukan oleh seseorang mengikut andaian diri sendiri. Akhir sekali ialah, proses autonomi merujuk kepada komunikasi yang dilakukan secara minima. Hal ini demikian kerana sesorang itu sudah mengetahui apa yang perlu diujarkan.
Namun begitu, di dalam penjelasan yang diberikan oleh Faerch & Kasper ini telah memberikan satu maklumat baharu mengenai pertambahan eleman. Antara eleman yang diberikan ialah penghampiran, penghuraian, pencapaian kod dan strategi meminta bantuan. Malah, menurut Faerch & Kasper (1983) ini eleman tambahan itu tidak disarankan dalam strategi pengurangan seperti pengelakan mesej, penukaran mesej, peminjaman dan bukan verbal.
Tambahan lagi di dalam buku ini juga telah memberikan satu rajah mengenai Taksonomi Strategi Komunimasi oleh Dornyei & Scott (1997). Di dalam rajah ini kedua-dua tokoh berkenaan telah memberikan 12 taksonomi dalam strategi komunikasi. Antaranya ialah pengabaian atau peninggalan nesej, pengelakan topik, penukaran mesej, penghampiran, penggunaan perkataan semua tujuan, penciptaan perkataan baharu, perstrukturan semula atau penggunaan kaedah bukan bahasa, terjemahan literal, pengantarabangsaan, pertukaran kod, meminta pertolongan/penjelasan/pengesahan atau membuat tekaan. Akhir sekali penggunaan perkataan yang tiada makna atau strategi penanda. Di samping itu juga, menurut Dornyei & Scott (1997) ini juga telah membahagikan kesemua taksonomi kepada tiga bahagian seperti strategi pengelakan, pencapaian atau strategi pampasan dan penangguhan atau strategi tambahan waktu. Malah, strategi ini dapat diasingkan dengan strategi langsung dan tidak langsung dan strategi interaksi.
Penggunaan Taksonomi Strategi Komunikasi Dornyei & Scott (1997) ini telah memberikan kelebihan kepada saya untuk mengetahui penggunaan 12 Taksonomi Strategi Komunikasi. Antaranya ialah peninggalan mesej. Peninggalan mesej membawa maksud meninggalkan mesej atau berhenti di tengah-tengah ayat manakala pengelakan topik merujuk kepada mengelakan menulis perihal yang tidak tahu atau tidak sahih untuk menulis sesuatu perkataan itu. Eleman yang seterusnya yang dapat saya ringkaskan ialah penghampiran. Penggunaan Toksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) ini menerangkan penghampiran ialah penggunaan perkataan yang mempunyai semantik yang hampir sama dengan perkataan sasaran. Malah eleman yang dititikberatkan dalam Toksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) ini juga ialah penggunaan item leksikal. Penggunaan item leksikal ini adalah untuk menggantikan perkataan lebih tepat ataupun lebih spesifik mengenai sesuatu perkara.
Keterangan yang diberikan ini sangat memberikan manfaat kepada pelajar untuk menggunakan Toksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997). Keterangan yang Seterusnya ialah ciptaan perkataan baharu merupakan ciptaan perkataan yang tidak dapat dalam leksikal bahasan sasaran. Manakala, perstrukturan semula pula, meninggalkan mesej disebabkan oleh kekangan bahasa, menyambung mesej dengan mengubah daripada struktur asal ayat. Eleman lain juga boleh diaplikasikan dalam Toksonomi Strategi Komunikasi oleh Dornyei & Scott (1997) seperti terjemahan literal. Terjemahan literal ini merupakan terjemahan sesuatu perkataan, frasa atau struktur sesuatu bahasa kepada bahasa sasaran. Seterusnya juga, eleman pengantarabangsaan juga merupakan sesuatu bahasa ibunda dan diubah suai secafa fonologi atau morfologi kepada bahasa sasaran dan pertukaran kod.
Tokoh yang terdapat dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi yang menerangkan Toksonomi Strategi Komunikasi seperti Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei &Scott (1997) telah mendapati bahawa pelbagai penambaikan dan cadangan yang boleh digunakan untuk strategi yang baharu. Oleh itu, kajian yang dilakukan oleh kesemua tokoh di atas telah memberikan rujukan strategi komunikasi dan memberikan pendekatan yang baharu kepada pembaca. Antara pendekatan strategi yang baharu merujuk kepada singkatan, penafian/pencanggahan, persoalan, perujukan, imaginasi, dan kesopanan. Oleh itu, kenam-enam pendekatan strategi komunikasi ini oleh Tarone (1977), Faerch & Kasper (1983), Johnstone (1989) dan Dornyei &Scott (1997) .
Manakala, Pendekatan Strategi Komunikasi oleh Normaliza Abd Rahim, 2018e) ini telah menyenarai sebanyak 16 pendekatan. Antaranya ialah singkatan, perkataan baharu tiada makna, penafian/pencanggahan, persoalan, pengulangan, perujukan, pembetulan kendiri, topik berlainan/ pengabaian mesej, celahan, penangguhan (senyap, teragak-agak, bunyi, ketawa), terjemahan literal, pertukaran bahasa, imaginasi, kesopanan, parafasa dan meminta pertolongan.
Kesemua enam belas pendekatan yang diberikan oleh Normaliza Abd Rahim, (2018e) ini telah menunjukkan pendekatan ini sesuai digunakan ketika berinteraksi, ujaran, tulisan dan teks. Malah menurut Normaliza Abd Rahim (2018e) ini juga telah memberikan penjelasan bahawa Pendekatan Strategi Komunikasi ini telah menyenaraikan semula serta mewujudkan pendekatan baharu dalam menganalisis dengan lebih jelas dan tepat. Pendekatan strategi komunikasi ini sesuai juga untuk menganalisis data dengan lebih mendalam dan terperinci. Oleh itu, adakah anda semua faham tentang Taksonomi dan Pendekatan Strategi Komunikasi menurut salah tokoh yang telah saya ringkaskan?
Rujukan
Dornyei, Z., & Scott, M. L. (1997). Communication Strategies in a Second Language: Definitions and Taxonomies. Language Learning, 47: 173-210.
Faerch, C., & Kasper, G. (1983). Strategies in Interlanguage Comunication. London: Longman.
Johnstone. (1989). Linguistic Strategies and Cultural Styles for Persuasive Discourse.
Normaliza Abd Rahim. (2018e). Comunication Strategy Taxonomy: A New Perspective. IUKL Research Journal, 7 (1):11-16.
Normaliza Abd Rahim. 2019. Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.
Tarone, E. (1980). Communication Strategies, Foreigner Talks, and Repair in Interlanguage. Language Learning, 30: 417-431.












BBM3410SATU: KELAS AMALI FACEBOOK

Rumusan: Strategi Komunikasi

Berdasarkan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019) ini dapat saya memberikan rumusan mengenai strategi komunikasi yang melibatkan beberapa tokoh. Antara pengkaji yang telah membuat kajian tentang strategi komunikasi ialah Weber & Grauer (2019), Hue (2017), Zerfass et al. (2018), Normaliza Abd Rahim et al. (2018), Winkler & Etter (2018) dan lain-lain lagi.
Mengikut kajian oleh Normaliza Abd Rahim (2018) mendapati bahawa strategi komunikasi yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan budaya dan nilai sosial. Malah, dalam kajian Normaliza Abd Rahim ini juga menunjukkan bahawa nilal boleh disebarkan melalui strategi komunikasi secara berterusan. Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Winkler & Etter juga menyatakan bahawa strategi komunkasi merupakan satu gaya atau idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Winkler & Etter ini juga mempunyai persamaan dengan kajian O’Connor et. al (2018) iaitu komunikasi terdiri daripada komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Oleh itu, setiap komunikasi ini mempunyai eleman yang dapat membantu manusia untuk berkomunikasi dengan cara menyampaikan mesej.
Menurut kajian O’Connor et. al (2018), strategi komunikasi menggambarkan perkembangan minda dan idea terhadap sesuatu perkara.
Seterusnya, kajian Volk et.al (2018), memberikan pendapat bahawa strategi komunikasi boleh dilihat daripada sudutt formal dan tidak berformal. Malah, strategi yang berkomunikasi tidak kira dalam bentuk penceritaan penulisan ataupun teks. Manakala, pengkaji telah dalam membuat kajian tentang strategi komunikasi dengan sebaik mungkin dalam memberi hujan mengenai komunikasi yang berkesan dan kepelbagaian. Kesemua pengkaji telah membuat kajian yang teliti, jelas dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Hal ini sekaligus memberikan kefahaman tentang strategi komunikasi kepada pembaca di luar sana. Di samping itu, menurut Normaliza Abd Rahim (2019) telah memberikan penjelasan mengenai setiap ujaran perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini merupakan tunjang penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang. Tambahan pula, kajian yang dilakukan oleh Nothhaft et al. ini juga telah memberikan beberapa penekanan mengenai kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam masyarakat yang mempunyai pemikiran yang sama iaitu membincangkan sesuatu perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak.

Sumber: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019)
Penulis: Normaliza Abd Rahim
Penerbit: UMT








BBM3410Satu2019: Tugasan Pertama Facebook!

Bismillah...
Baiklah, untuk tugasan pada kali ini melibatkan media sosial Facebook. Semasa kelas amali saya diberikan tiga tugasan iaitu membuat aktiviti 2 'Kapsyen cerita pendek anda lalui setiap hari dalam buku Eh!! Media Sosial, membuat pantun dua rangkap dan membuat rumusan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019).

Hmm kalau kawan-kawan nak tahu lebih lanjut macam mana saya menghasilkan pantun dua rangkap bolehlah add saya di Facebook fatin nageeha okey!




Aktiviti 2







pantun dua rangkap


Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...