Rumusan: Strategi Komunikasi
Berdasarkan buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi oleh Normaliza Abd Rahim (2019) ini dapat saya memberikan rumusan mengenai strategi komunikasi yang melibatkan beberapa tokoh. Antara pengkaji yang telah membuat kajian tentang strategi komunikasi ialah Weber & Grauer (2019), Hue (2017), Zerfass et al. (2018), Normaliza Abd Rahim et al. (2018), Winkler & Etter (2018) dan lain-lain lagi.
Mengikut kajian oleh Normaliza Abd Rahim (2018) mendapati bahawa strategi komunikasi yang dilakukan oleh kanak-kanak melibatkan budaya dan nilai sosial. Malah, dalam kajian Normaliza Abd Rahim ini juga menunjukkan bahawa nilal boleh disebarkan melalui strategi komunikasi secara berterusan. Di samping itu, kajian yang dilakukan oleh Winkler & Etter juga menyatakan bahawa strategi komunkasi merupakan satu gaya atau idea penyampaian yang berkesan dan boleh diterima dalam pelbagai situasi dan keadaan. Seterusnya, kajian yang dilakukan oleh Winkler & Etter ini juga mempunyai persamaan dengan kajian O’Connor et. al (2018) iaitu komunikasi terdiri daripada komunikasi pengiklanan, komunikasi korporat, komunikasi organisasi dan perhubungan awam. Oleh itu, setiap komunikasi ini mempunyai eleman yang dapat membantu manusia untuk berkomunikasi dengan cara menyampaikan mesej.
Menurut kajian O’Connor et. al (2018), strategi komunikasi menggambarkan perkembangan minda dan idea terhadap sesuatu perkara.
Seterusnya, kajian Volk et.al (2018), memberikan pendapat bahawa strategi komunikasi boleh dilihat daripada sudutt formal dan tidak berformal. Malah, strategi yang berkomunikasi tidak kira dalam bentuk penceritaan penulisan ataupun teks. Manakala, pengkaji telah dalam membuat kajian tentang strategi komunikasi dengan sebaik mungkin dalam memberi hujan mengenai komunikasi yang berkesan dan kepelbagaian. Kesemua pengkaji telah membuat kajian yang teliti, jelas dan penggunaan bahasa yang mudah difahami. Hal ini sekaligus memberikan kefahaman tentang strategi komunikasi kepada pembaca di luar sana. Di samping itu, menurut Normaliza Abd Rahim (2019) telah memberikan penjelasan mengenai setiap ujaran perlu menitikberatkan perasaan penerima kerana perkara ini merupakan tunjang penting bagi nilai yang baik serta budi pekerti yang tinggi dalam diri seseorang. Tambahan pula, kajian yang dilakukan oleh Nothhaft et al. ini juga telah memberikan beberapa penekanan mengenai kepentingan strategi komunikasi dalam menyebarkan budaya dalam masyarakat yang mempunyai pemikiran yang sama iaitu membincangkan sesuatu perkara yang dipersetujui dan difahami oleh semua pihak.
Sumber: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi (2019)
Penulis: Normaliza Abd Rahim
Penerbit: UMT
Penulis: Normaliza Abd Rahim
Penerbit: UMT
No comments:
Post a Comment