ULASAN TENTANG BLOG DI DALAM
KELAS
“Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku Eh!!!
Media Sosial oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) ulasan
tentang blog di dalam kelas mempunyai pelbagai sudut negatif dan positif. Hal
ini demikian kerana, blog merupakan satu medium untuk berkongsi informasi atau
maklumat terkini kepada pembaca. Malah penulisan blog ini kerapkali digunakan
oleh golongan muda terutama penulis muda yang baharu mecuba menerokai dunia
penulisan.
Seterusnya ialah, penulisan buku ini banyak membicarakan
tentang kelebihan dan manfaat penggunaan blog kepada blogger. Hal ini demikian
kerana, penulisan di dalam blog ini mampu memberikan kelebihan kepada penulis
untuk memperbaiki penulisan mereka kearah lebih baik. Misalnya, blogger atau
penulis boleh memperbaiki kelemahan tatabahasa, kesalahan struktur ayat, memperbaiki
pengisian isi ketika menyampai maklumat kepada orang ramai. Selain itu, juga
kelebihan yang diperoleh penulis di blog ialah dapat berkongsi pendapat dan
pandangan menerusi ruangan komen mengenai sesuatu benda baharu.
Di samping itu, ulasan mengenai buku ini juga, penulis
banyak memberikan pendapat daripada beberapa tokoh mengenai penulisan blog ini.
Antaranya Nawson (2006), memberikan pendapat bahawa blog merupakan susunan
kronologi manakala bahasa juga boleh ditulis berbentuk formal dan tidak
terhad. Malah penulisan blog ini
memberikan peluang kepada penulis blog untuk belajar istilah dari segi idea,
tatabahasa, struktur ayat, penbendahraan kata dan cara penulisan mereka.
Kelebihan yang ditampilkan menerusi platform blog ini, penulis dapat mengawal
sepenuhnya dan mempunyai hak milik terhadap sesuatu bahan yang dikongsi kepada
pembaca di luar sana.
Ulasan yang perlu diberikan penekanan juga ialah mengenai
cara untuk menulis blog dengan baik menurut Normaliza Abd Rahim (2014). Antaranya
ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik
yang dapat menarik hati pembaca, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk
jenaka untuk membuatkannya lebih menarik dan sebagainya. Hasilnya, penulis blog
dapat mengetahui rentak penggayaan penulisan blog dengan baik.
Penulisan blog ini juga banyak memberikan ruang kepada
penulis baharu untuk mengembangkan lagi idea mereka serta menggalakkan lagi
mutu penulisan di kalangan generasi muda. Malah penggayaan atau penulisan blog
banyak disiarkan mengenai jenis puisi tradisional dan puisi moden. Hal ini kerana,
penulisan seperti itu mempunyai pengikut yang tersendiri. Oleh itu, penulisan blog
seperti puisi ini sangat mudah difahami dan digemari oleh golongan muda. Hal ini
kerana penggunaan gaya bahasa, ciri bentuk yang ringkas tetapi penuh dengan
pengajaran. Malah penulisan jenis puisi ini merupakan khazanah orang melayu
yang perlu dikekalkan. Misalnya puisi tradisional seperti gurindam, syair,
teromba, talibun, nazam dan sebagainya. Manakala puisi moden seperti sajak.
Kesimpulanya penulisan blog pada hari ini memainkan
peranan penting untuk menyalurkan maklumat dari sudut positif mahupun negatif
kepada pembaca di luar sana. Pengkongsian sudut negatif banyak menceritakan
perihal pengajaran, kesedaran dan sebagainya. Oleh itu, bangsa melambangkan bahasa, blog melambangkan
identiti keperibadiaan seseorang untuk mengolah idea dan pandangan.
No comments:
Post a Comment