Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog.


“Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) etika dalam penulisan blog ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana, tajuk utama merupakan eleman penting bagi menarik minat pembaca membaca isi kandungan yang seterusnya. Malah, masyarakat di Malaysia lebih tertumpu kepada tajuk utama berbanding isi kandung blog tersebut. Oleh itu, blogger perlu bijak menggunakan ayat yang pendek dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Seterusnya ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Hal ini demikian kerana, penggunaan jalan cerita yang santai dapat menarik minat pembaca blog. Misalnya penulisan cerita seperti cerita seram, genre puisi klasik, puisi tradisional, prosa dan sebagainya. Namun, untuk menghasilkan blog yang baik blogger tidak digalakkan menyentuh isu yang sensitiviti bagi mengelakkan berlaku salah faham mengenai penulisan tersebut. Hal ni sekaligus dapat meningkatkan lagi mutu penulisan oleh blogger di Malaysia tanpa ada isu yang tidak negatif. Oleh itu, blogger di Malaysia akan menggunakan blog ini dengan pengisian yang baik, bermutu berkualiti kepada pembaca di luar sana.

Selain itu, etika dalam penulisan blog ialah blogger perlu masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Hal ini demikian kerana, penggunaan ayat jenaka akan menjadikan isi kandungan dalam blog itu lebih santai dan menarik. Misalnya, penulisan yang menjadi tumpuan pembaca ialah pantun, teka-teki dan sebagainya. Oleh itu, blog yang mempunyai eleman jenaka pasti  mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Tambahan pula, etika yang perlu diberikan penekanan ialah memastikan terdapat hujah terbaik untuk mrnghuraikan penulisan anda. Hal ini demikian kerana, hujah dalam penulisan blog sangat penting untuk memantapkan lagi fakta yang dikemukakan oleh blogger berkenaan. Oleh itu, pengisian hujah yang baik mampu menjana idea dan info yang berkualiti kepada pembaca blog.
Penulisan blog yang baik adalah mengaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini demikian kerana, pembaca lebih gemar membaca berita terkini berbanding cerita sejarah. Misalnya berita terkini mengenai isu ekonomi, politik, cerpen dan sebagainya. Namun, untuk membincangkan isu berat ini blogger perlu bijak menggunakan ayat yang tidak bias terhadap mana-mana pihak.  Namun penulisan blog yang kerap kali ditulis oleh blogger ialah mengenai puisi tradisional, puisi moden, skrip pendek dan sebagainya.
Etika yang seterusnya ialah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. Bagi menarik minat pembaca membaca penulisan blog, blogger perlu bijak menggunakan perkataan yang bombastik agar pembaca dapat memahami gaya penulisan anda. Blogger digalakkan untuk menggunakan bahasa atau perkataan yang tersurat dan elakkan penggunaan perkataan yang mengandungi makna tersirat.
Etika  penulisan blog yang ketujuh pula ialah dapat dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang baik adalah gaya penulisan yang santai dan tidak sarat dengan maklumat yang tidak bermanfaat. Misalnya, penulisan cerpen, puisi, cerita pendek dan sebagainya. Oleh itu, penulisan seperti itu kerap kali menjadi tumpuan generasi muda untuk membaca penulisan yang mengandungi unsur cerita dongeng dan fantasi.
Seterusnya ialah etika dalam penulisan blog ini juga blogger dapat berkomunikasi dengan pembaca. Hal ini demikian kerana di dalam penulisan blog pembaca dapat berinteraksi dengan blogger di ruangan komen. Malah ini merupakan platform yang baik bagi blogger untuk meningkatkan lagi mutu penulisan blog mereka serta memperbaiki kelemahan dalam penulisan maklumat, cerita, isi, info dan sebagainya.
Di samping itu, etika penulisan blog perlu memasukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda. Hal ini demikian kerana, seorang penulis blog yang baik adalah menerapkan eleman pengajaran, moral dalam penulisan mereka supaya maklumat yang disampaikan itu mudah difahami dan melekat dihati pembaca. Penggunaan eleman moral dalam penulisan blog amat penting bagi mengelakkan berlakunya bias terhadap mana-mana pihak. Malah, nilai estetika perlu ada bagi mengharmonikan lagi penulisan blog berkenaan lebih teratur dengan penggunaan gaya bahasa yang baik.
Akhir sekali ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Hal ini demikian kerana seorang penulis blog yang baik perlu tahu tujuan dan matlamat mereka membuat blog ini. Hal ini secara tidak langsung penulisan mereka akan lebih bermutu berbanding blogger yang lain. Malah, menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang dan memberikan info yang berguna kepada pembaca.

No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...