Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Assalamualaikum pembaca blog Nageeha Mohamad. 
Penulisan blog pada kali ini tidak ada kaitan dengan gambar diatas. Malah pada penulisan kali ini aku akan berkongsi cerita atau pengalaman yang kelam kabut bagi aku. Pada 24 September 2019 iaitu pukul 12 tengah hari tadi, aku  menghadiri kelas amali Multimedia dalam Bahasa. Kursus ini merupakan kursus semester akhir yang paling sinonim dengan perkataan 'REDHA'. Aku terpaksa redha melaksanakan tugasan yang diberikan oleh En. Akmal. Tetapi arahan yang diberikan oleh En. Akmal tidak begitu berat namun memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Mesti pembaca blog ini tertanya-tanya kenapa? Jawapannya ialah masalah rangkaian internet yang perlahan menyebabkan kami semua terpaksa menunggu untuk menyiarkan sesuatu maklumat di blog dan media sosial yang lain.
Tugasan yang diberikan memerlukan daya ketahanan mental. Hal ini demikian kerana seperti sudah sedia maklum bahawa masalah rangkaian internet di Bilik Kuliah sangat menguji aku untuk mendaftar nuffnang
Walau bagaimanapun tugasan yang diberikan banyak memberikan infomasi yang baharu kepada pelajar  semester akhir yang mengambil kursus BBM3410. 



No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...