Sinopsis Cerita Sosial
1 : Nenek dan Datuk
Cerita
Nenek dan Datuk mengisahkan seorang anak autism iaitu Alim yang mempunyai
perwatakan keanak-anakan namun mempunyai sebuah keluarga yang menyayanginya
tanpa membezakan Alim dengan adik beradiknya yang lain. Pemikiran Alim tidak
sama dengan pemikiran kanak-kanak yang lain. Imaginasi yang digunakan oleh Alim
tetap sama meskipun persekitaran berubah dan menyebakan Alim sedih dan sukar
untuk menerima perubahan tersebut. Suasana di Kampung menyebabkan Alim dan sekeluarga
dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan malah mengajar Alim untuk memahami
persekitaran sekeliling akan sentiasa berubah.
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2019) dalam buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi.
Berikut
merupakan beberapa jenis multimedia yang digunakan untuk menyebarkan cerita sosial
ialah twitter. Penggunaan twitter menjadi tumpuan generasi milenia
menyebarkan cerita sosial yang tular seperti kes pencemaran udara, isu politik,
isu agama, video-video tular dan sebagainya. Penyebaran cerita di twitter mempunyai thread yang panjang melibatkan seeorang pengguna twitter menaip maklumat untuk disebarkan kepada pengikutnya. Malah
jika penulisan cerita berkenaan mendapat sambutan, pengguna twitter berkenaan akan mendapat retweet dan like daripada pengguna twitter
yang lain. Platform ini sangat memberikan impak kepada pengguna media
sosial yang lain. Hal ini kerana media sosial seperti twitter mempunyai eleman gambar, video dan sebagainya. Hal ini
sekaligus menaikkan lagi mutu penggunaan twitter
di Malaysia.
Seterusnya
ialah instagram juga memainkan
peranan dalam menyebarkan cerita sosial. Hal ini demikian kerana, instagram telah menjadi pilihan
kegemaran pengguna-pengguna media sosial dari seluruh dunia. Kelebihan kegunaan
instagram ini ialah dapat
menyampaikan maklumat secara langsung kepada pengikutnya. Kelebihan instagram ialah mempunyai kapsyen atau
penerangan dimana pengguna akan mendapat meninggalkan sebarang nota kepada
pengikutnya. Malah penyebaran cerita sosial ini di instagram pengikut dapat meninggalkan komen kepada pengguna dan
saling berkongsi pendapat. Hal ini sekaligus tercetusnya komunikasi antara
pengguna dan pengikut di instagram. Di
samping itu, platform di instagram ini
mampu menarik minat pengguna untuk berkongsi gambar, video dengan kapsyen unsur
jenaka, maklumat terkini dan sebagainya. Penggunaan menghantar video durasi di instagram ialah 30 minit.
No comments:
Post a Comment