“Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim (2019) etika dalam penulisan blog ialah tajuk yang
menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian kerana, tajuk
utama merupakan eleman penting bagi menarik minat pembaca membaca isi kandungan
yang seterusnya. Malah, masyarakat di Malaysia lebih tertumpu kepada tajuk
utama berbanding isi kandung blog tersebut. Oleh itu, blogger perlu bijak
menggunakan ayat yang pendek dan mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.
Seterusnya
ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Hal ini demikian
kerana, penggunaan jalan cerita yang santai dapat menarik minat pembaca blog. Misalnya
penulisan cerita seperti cerita seram, genre puisi klasik, puisi tradisional,
prosa dan sebagainya. Namun, untuk menghasilkan blog yang baik blogger tidak
digalakkan menyentuh isu yang sensitiviti bagi mengelakkan berlaku salah faham mengenai penulisan
tersebut. Hal ni sekaligus dapat meningkatkan lagi
mutu penulisan oleh blogger di Malaysia tanpa ada isu yang tidak negatif. Oleh
itu, blogger di Malaysia akan menggunakan blog ini dengan pengisian yang baik,
bermutu berkualiti kepada pembaca di luar sana.
Selain
itu, etika dalam penulisan blog ialah blogger perlu masukkan ayat yang humor
dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Hal ini demikian
kerana, penggunaan ayat jenaka akan menjadikan isi kandungan dalam blog itu
lebih santai dan menarik. Misalnya, penulisan yang menjadi tumpuan pembaca
ialah pantun, teka-teki dan sebagainya. Oleh itu, blog yang mempunyai eleman
jenaka pasti mempunyai pengikutnya yang
tersendiri.
Tambahan
pula, etika yang perlu diberikan penekanan ialah memastikan terdapat hujah
terbaik untuk mrnghuraikan penulisan anda. Hal ini demikian kerana, hujah dalam
penulisan blog sangat penting untuk memantapkan lagi fakta yang dikemukakan
oleh blogger berkenaan. Oleh itu, pengisian hujah yang baik mampu menjana idea
dan info yang berkualiti kepada pembaca blog.
Penulisan
blog yang baik adalah mengaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini
demikian kerana, pembaca lebih gemar membaca berita terkini berbanding cerita
sejarah. Misalnya berita terkini mengenai isu ekonomi, politik, cerpen dan
sebagainya. Namun, untuk membincangkan isu berat ini blogger perlu bijak
menggunakan ayat yang tidak bias terhadap mana-mana pihak. Namun penulisan blog yang kerap kali ditulis oleh
blogger ialah mengenai puisi tradisional, puisi moden, skrip pendek dan
sebagainya.
Etika
yang seterusnya ialah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Bagi menarik minat pembaca membaca penulisan blog, blogger perlu bijak
menggunakan perkataan yang bombastik agar pembaca dapat memahami gaya penulisan
anda. Blogger digalakkan untuk menggunakan bahasa atau perkataan yang tersurat
dan elakkan penggunaan perkataan yang mengandungi makna tersirat.
Etika penulisan blog yang ketujuh pula ialah dapat
dibaca dan difahami. Hal ini demikian kerana, penulisan blog yang baik adalah
gaya penulisan yang santai dan tidak sarat dengan maklumat yang tidak
bermanfaat. Misalnya, penulisan cerpen, puisi, cerita pendek dan sebagainya.
Oleh itu, penulisan seperti itu kerap kali menjadi tumpuan generasi muda untuk membaca
penulisan yang mengandungi unsur cerita dongeng dan fantasi.
Seterusnya
ialah etika dalam penulisan blog ini juga blogger dapat berkomunikasi dengan
pembaca. Hal ini demikian kerana di dalam penulisan blog pembaca dapat
berinteraksi dengan blogger di ruangan komen. Malah ini merupakan platform yang
baik bagi blogger untuk meningkatkan lagi mutu penulisan blog mereka serta
memperbaiki kelemahan dalam penulisan maklumat, cerita, isi, info dan
sebagainya.
Di samping
itu, etika penulisan blog perlu memasukkan moral dan nilai estetika dalam
penulisan anda. Hal ini demikian kerana, seorang penulis blog yang baik adalah
menerapkan eleman pengajaran, moral dalam penulisan mereka supaya maklumat yang
disampaikan itu mudah difahami dan melekat dihati pembaca. Penggunaan eleman
moral dalam penulisan blog amat penting bagi mengelakkan berlakunya bias
terhadap mana-mana pihak. Malah, nilai estetika perlu ada bagi mengharmonikan
lagi penulisan blog berkenaan lebih teratur dengan penggunaan gaya bahasa yang
baik.
Akhir sekali
ialah berilmu untuk penulisan pendidikan. Hal ini demikian kerana seorang
penulis blog yang baik perlu tahu tujuan dan matlamat mereka membuat blog ini. Hal
ini secara tidak langsung penulisan mereka akan lebih bermutu berbanding
blogger yang lain. Malah, menulis blog boleh membentuk keyakinan diri seseorang
dan memberikan info yang berguna kepada pembaca.