Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

 Assalamualaikum semua sahabat blog Nageeha Mohamad..😁


Bicara tentang kita : ''Love Yourself''

Hanya anda, saya... tahu apa yang sedang diburukan. Apa yang kita struggle setiap hari, apa yang kita berusaha sungguh-sungguh untuk capai target hidup kita. Hanya diri kita sahaja yang tahu. Orang tak akan tahu melainkan kalau kita yang beritahu. Sama sahaja bila kita siarkan gambar, video di media sosial. Kita kena menyediakan senapang dan peluru banyak-banyak untuk menapis komen negatif dan positif.


Kadang-kadang orang lain tidak akan memahami 100% apa yang kita inginkan dalam kehidupan. Lagi sekali, hanya diri kita sahaja yang tahu setiap makna gambar kita siarkan di media sosial. Sebab itu, bila kita berjaya, peroleh sesuatu kejayaan kita perlu raikan. Elakkan siarkan kebahagiaan di media sosial. Media sosial tidak melambangkan kebahagiaan dunia. Kebahagiaan sebenar ialah membahagiakan seseorang secara diam tetapi diam penuh isi. Bak kata pepatah diam-diam ubi berisi. 


Hanya diri kita sahaja tidak mencari diri kita sendiri ketika susah senang, orang lain mungkin. Masa susah baharu mereka mencari. Jadi hargailah diri kita sendiri. Cintai diri sendiri. Itu pun amanah kita perlu ingat untuk jaga.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya. Di bawah ini hanyalah paparan bukti yang saya telah membuat posting pada paparan Instagram saya bagi tugasan Multimedia Dalam Bahasa. Sekiranya anda mahu mengenali dan belum follow Instagram saya 'Fatin Nageeha'. Jemput follow!!! InshaAllah, saya akan follow balik!! Terima kasih :)







Instagram 1



Instagram 2


Monday, October 7, 2019

BBM3410sATU2019 : Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN TENTANG BLOG DI DALAM KELAS

“Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam buku Eh!!! Media Sosial oleh Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) ulasan tentang blog di dalam kelas mempunyai pelbagai sudut negatif dan positif. Hal ini demikian kerana, blog merupakan satu medium untuk berkongsi informasi atau maklumat terkini kepada pembaca. Malah penulisan blog ini kerapkali digunakan oleh golongan muda terutama penulis muda yang baharu mecuba menerokai dunia penulisan.


Seterusnya ialah, penulisan buku ini banyak membicarakan tentang kelebihan dan manfaat penggunaan blog kepada blogger. Hal ini demikian kerana, penulisan di dalam blog ini mampu memberikan kelebihan kepada penulis untuk memperbaiki penulisan mereka kearah lebih baik. Misalnya, blogger atau penulis boleh memperbaiki kelemahan tatabahasa, kesalahan struktur ayat, memperbaiki pengisian isi ketika menyampai maklumat kepada orang ramai. Selain itu, juga kelebihan yang diperoleh penulis di blog ialah dapat berkongsi pendapat dan pandangan menerusi ruangan komen mengenai sesuatu benda baharu.


Di samping itu, ulasan mengenai buku ini juga, penulis banyak memberikan pendapat daripada beberapa tokoh mengenai penulisan blog ini. Antaranya Nawson (2006), memberikan pendapat bahawa blog merupakan susunan kronologi manakala bahasa juga boleh ditulis berbentuk formal dan tidak terhad.  Malah penulisan blog ini memberikan peluang kepada penulis blog untuk belajar istilah dari segi idea, tatabahasa, struktur ayat, penbendahraan kata dan cara penulisan mereka. Kelebihan yang ditampilkan menerusi platform blog ini, penulis dapat mengawal sepenuhnya dan mempunyai hak milik terhadap sesuatu bahan yang dikongsi kepada pembaca di luar sana.


Ulasan yang perlu diberikan penekanan juga ialah mengenai cara untuk menulis blog dengan baik menurut Normaliza Abd Rahim (2014). Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik dan sebagainya. Hasilnya, penulis blog dapat mengetahui rentak penggayaan penulisan blog dengan baik.


Penulisan blog ini juga banyak memberikan ruang kepada penulis baharu untuk mengembangkan lagi idea mereka serta menggalakkan lagi mutu penulisan di kalangan generasi muda. Malah penggayaan atau penulisan blog banyak disiarkan mengenai jenis puisi tradisional dan puisi moden. Hal ini kerana, penulisan seperti itu mempunyai pengikut yang tersendiri. Oleh itu, penulisan blog seperti puisi ini sangat mudah difahami dan digemari oleh golongan muda. Hal ini kerana penggunaan gaya bahasa, ciri bentuk yang ringkas tetapi penuh dengan pengajaran. Malah penulisan jenis puisi ini merupakan khazanah orang melayu yang perlu dikekalkan. Misalnya puisi tradisional seperti gurindam, syair, teromba, talibun, nazam dan sebagainya. Manakala puisi moden seperti sajak.


Kesimpulanya penulisan blog pada hari ini memainkan peranan penting untuk menyalurkan maklumat dari sudut positif mahupun negatif kepada pembaca di luar sana. Pengkongsian sudut negatif banyak menceritakan perihal pengajaran, kesedaran dan sebagainya. Oleh itu, bangsa melambangkan bahasa, blog melambangkan identiti keperibadiaan seseorang untuk mengolah idea dan pandangan.

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

SUATU KETIKA

Assalamualaikum pembaca blog Nageeha Mohamad.

Pada kali ini pembaca blog akan diberikan satu nafas baharu untuk mengenali aku secara lebih dekat. Aku merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.  Aku mempunyai dua orang kakak, dua orang adik iaitu lelaki dan perempuan. Alhamdulillah aku mempunyai syurga dunia dan akhirat yang paling penting iaitu ma abah. Mereka banyak memberikan kata-kata semangat dikala kami adik-beradik memerlukkan kekuatan. Malah dengan didikan yang diberikan menjadi kami semua berjaya sehingga kini.

Aku merupakan anak jati Kelantan malah ma abah sentiasa memberikan nasihat yang berguna agar kami adik-beradik tidak lalai dengan permainan dunia. Pada tahun ini iaitu 2019 merupakan tahun yang sangat penting bagi aku, kerana aku sudah menetap di Selangor selama 3 tahun. Sepanjang tempoh 3 tahun belajar di negeri orang, pelbagai rasa yang menghantui diriku.

Pembaca blog mesti tertanya-tanya? Perkara yang menghantui aku ialah perasaan rindu yang membuak-buak. Sungguh!!! Perasaan ini sangat menyiksakan diri aku sendiri. Namun berbekalkan amanat ma abah kepada aku. ''Belajarlah selagi mampu sebab ma abah belum pernah merasai nikmat belajar yang betul'' dan ''Belajar untuk hidup masa sekarang dan masa hadapan''.

Setiap kali telefon berdering, setiap kali itulah ma abah akan memberikan kata-kata nasihat. Walalupun keluarga kami sederhana tetapi aku berdoa supaya Allah sederhanakan segala rasa sekiranya kami semua berjaya dunia dan akhirat.

Kisah keluarga aku hanyalah sebuah cerita yang sama dengan semua orang. Namun corak penceritaan kehidupan, kita sendiri yang menentukan baik mahupun buruk. Aku berharap berbaki usia aku pada tahun ini aku mampu berbakti kepada keluarga aku terutama ma abah. Ma abah merupakan tunjang kejayaan kami adik-beradik. Terima kasih ma abah kerana masih gah mendoakan anakmu yang lagha, lalai denga dunia yag penuh penipuan. Ma abah doakanlah anakmu ini agar tidak terpesong dengan jelingan dunia.

Ya Allah terima kasih kerana hadirkan keluarga kecil tetapi jiwa kami besar bila semuanya bersatu. Aku rindu keluargaku dan  seluruh segenap rasa ini tidak akan pernah hilang walaupun kita akan bertukar status, usia dan sebagainya. Sesungguhnya aku rindu keluarga di Kampung.

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH


DUA TIP BELAJAR DENGAN MUDAH









Assalamualaikum semua...
Selamat datang ke blog Nageeha Mohamad. Pada kali ini penulisan blog saya akan memberikan tip untuk belajar dengan mudah seiring dengan gambar diatas. Terdapat dua tip daripada saya ialah membuat highlight isi-isi penting dan memilih muzik yang sesuai.


 1) Highlight isi-isi penting

Pemilihan warna highlighter sangat penting. Oleh itu, cuba dapatkan highlighter yang berwarna kuning kerana ia sangat sesuai untuk digunakan pada kertas putih. Penggunaan highlighter yang berwarna merah ataupun hijau sesuai dengan kertas berwarna, tidak sangat sesuai dengan kertas berwarna putih.
2) Memilih muzik yang sesuai
Seterusnya ialah memilih muzik yang sesuai dengan anda ketika mengulang kaji pelajaran. Mendengar muzik bukan sesuatu benda yang diterima oleh semua orang. Pemilihan instrumental atau lagu memainkan peranan yang penting. Misalnya pemilihan lagu yang rentak perlahan atau instrumental bunyi air, piano dan sebagainya. Malah untuk mengelakkan berlakunya permasalahan anda tidak digalakkan untuk mendengar radio. Hal ini kerana perbualan DJ boleh menganggu semasa anda mengulang kaji pelajaran. Di samping itu, anda boleh membuat playlist lagu-lagu yang anda gemari di dalam mp3 palyer dan sebagainya.

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's Eye View (Gadis Trex Production)



Bird's Eye View


Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3


Bird's Eye View merupakan gambaran gambar daripada atas yang digemari oleh semua orang.  Namun bagi saya, pemandangan daripada atas agak menggerunkan. Namun semasa sesi penggambaran gambar jenis Bird's Eye View banyak memberikan pengalaman berguna kepada saya. Hal ini demkian kerana, ia dapat menghilangkan rasa takut ketika berada di tempat tinggi. Malah pemandangan seperti gambar diatas kerapkali muncul di google maps semasa sesi pencarian lokasi. oleh itu, tiga gambar diatas membuktikan bahawa pemandangan daripada atas memberikan pemandangan yang terperinci dan jelas kepada pembaca blog.


BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Gadis Trex Production)


Over The Shoulder

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Over The Shoulder merupakan gambar yang diambil dari sudut pelbagai sisi atau sisi belakang. Gambar yang diambil adalah merupakan eleman mudah difahami oleh pembaca blogger ini. Tiga gambar yang disiarkan pada kali ini menjelaskan ukhuwah antara mereka sangat kuat. Malah dari segi persembahan gambar ini sangat menarik kerana seolah-olah mereka sedang melakonkan babak-babak dalam drama atau filem. Hal ini kerana, kebanyakkan gambar seperti Over The Shoulder banyak diambil sebagai montaj filem, drama. Misalnya bagi gambar ketiga boleh dijadikan montaj drama persahabatan atau pengembaraan bersama teman dan sebagainya. Malah, gambar seperti Over The Shoulder ini juga banyak dijadikan iklan, poster dan sebagainya. Oleh itu, bagi blogger gambar seperti Over The Shoulder banyak kelebihan yang boleh diperoleh.



BBM3410Satu2019: Mug Shot (Gadis Trex Production)


Mug Shot 




                  
                            Gambar 1: Gembira                                  Gambar 2: Marah

Gambar 3: Sedih



Penulisan blog pada kali ini lebih berfokuskan kepada asas fotografi. Tugasan yang diberikan kepada kami memerlukan komitmen kerja berkumpulan. Hal ini demikian kerana semasa menghasilkan gambar Mug Shot, kami membuat pemilihan model secara rawak. Oleh itu, saya juga tersenarai menjadi model bagi gambar Mug Shot  kumpulan Gadis Trex Production. Bagi gambar kedua saya menjadi model bagi emosi marah. Semasa sesi penggambaran ini, saya dibantu oleh semua ahli kumpulan untuk menghasilkan mimik muka dan emosi marah. Malah, kelemahan saya adalah sukar untuk menghasilkan emosi marah ketika berhadapan dengan camera. Oleh itu, semua ahli kumpulan memberikan ruang kepada saya untuk membuat emosi marah secara sepontan. 

Tugasan yang diberikan oleh Prof. sangat memberi input yang baharu kepada saya tentang asas fotografi. Sesungguhnya untuk mengambil gambar bukanlah sesuatu yang mudah, ianya memerlukan ilmu fotografi yang mendalam agar gambar berkenaan akan lebih berkualiti berbanding kuantiti. 






BBM3410Satu2019: Medium Shot (Gadis Trex Production)

                                                      Medium Shot Manusia


Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3

Koleksi ketiga-tiga gambar Medium Shot bagi manusia diatas sangat memberikan satu aura yang pelbagai kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Bagi blogger gambar diatas sangat menarik perhatian kerana jarak yang diambil sangat jelas. Selain itu, gambar diatas kerapkali diambil oleh kaum wanita berbanding kaum lelaki. Hal ini jelas terbukti seperti gaya lenggokkan badan ketiga-tiga model berkenaan. Ketiga-tiga gambar diatas mempunyai pelbagai eleman seperti gambar satu eleman gaya bersahaja manakala gambar kedua eleman gaya santai dan akhir sekali eleman gaya candid atau tidak sengaja.

Medium Shot Pemandangan


Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Di samping itu, koleksi gambar seperti diatas juga banyak mencuri tumpuan juru gambar. Juru gambar kerapkali menghasilkan penggambaran gambar seperti ini untuk diletakkan pada muka hadapan majalah, buku dekorasi halaman rumah dan sebagainya. Gambar seperti diatas banyak memberikan ilmu fotografi kepada juru gambar baharu ingin menceburi bidang juru gambar. Oleh itu, koleksi gambar diatas perlu diperbanyakkan lagi supaya kita didedahkan dengan unsur keindahan diluar negara dengan pelbagai tempat yang menarik dan sebagainya. Gambar yang diambil di sekitar negara Jepun bagi Medium Shot Pemandangan.


BBM3410Satu2019: Long Shot (Gadis Trex Production)

 Long Shot Manusia



Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Tugasan bagi kursus Multimedia dalam Bahasa sangat berguna kepada kami semua. Misalnya kami dapat menghasilkan kualiti gambar yang baik menerusi Long Shot bagi manusia. Semasa sesi penggambaran ketiga-tiga gambar diatas sangatlah mencabar keupayaan kami semua yang tidak memiliki asas fotografi. Namun, bekerja secara berkumpulan kami dapat menghasilkan gambar yang terbaik daripada sebelum ini. Ketiga-tiga gambar diatas mempunyai nilai sentimental kepada saya sendiri kerana cara pengambilan gambar berkenaan sangat sesuai dan jelas. Hal ini jelas terbukti bahawa gambar berkenaan merupakan gambar Long Shot bagi manusia. Malah, sesi penggambaran ini banyak menghasilkan gambar yang berkualiti.



Long Shot Pemandangan

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Gambar yang seterusnya, mempunyai eleman yang sangat menarik perhatian saya. Saya pasti pembaca blog ini juga tertarik dengan Long Shot bagi pemandangan gambar diatas. Penghasilan gambar ini seringkali menjadi tumpuan semua orang ketika melancong bersama keluarga, kawan-kawan mahupun pasangan. Daya tarikan gambar diatas akan sentiasa mencuri tumpuan semua orang untuk menyiarkan atau mengemaskini gambar di media sosial. Antara platform yang menjadi tumpuan untuk menyiarkan gambar berkenaan di Facebook, Blog, Instagram. Malah gambar diatas  ini juga boleh dijadikan latar belakang komputer, telefon dan sebagainya.







BBM3410Satu2019: Close-Up (Gadis Trex Production)

Close-Up Manusia

   
Gambar 1: Gembira                                                                       Gambar 2: Sedih



                                                           Gambar 3: Marah


Penulisan blog yang seterusnya mengenai gambar jenis Close-Up. Pemilihan tiga jenis gambar yang berbeza melibatkan tiga emosi seperti gembira, marah dan sedih. Bagi gambar satu jelas menunjukkan kegembiraan yang sangat ketara. Gambar satu kerapkali muncul di muka hadapan majalah, kad pengenalan, lesen memandu dan sebagainya. Malah gambar satu mempunyai aura yang positif berbanding gambar kedua dan ketiga.


Seterusnya bagi gambar kedua  melibatkan emosi sedih. Gambar jenis Close-Up ini sering kali muncul di Mykid atau passport bagi bayi dan kanak-kanak. Hal ini kerana memerlukan wajah yang lebih dekat dan jelas menunjukkan wajah seseorang.  



Gambar Close-Up yang kedua pula melibatkan emosi marah. Semasa sesi penggambaran model yang dipilih mempunyai daya kreativiti dan kreatif. Hal ini demikian kerana model gambar ketiga memberi idea untuk mengambil gambar beliau berlatar belakangkan bunga. Hasilnya beliau dapat memberikan emosi marah dengan baik.





                                                    Close-Up Bukan Manusia



Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6


Close-Up bukan manusia merupakan satu daya tarikan juru gambar profesional untuk meningkatkan lagi kemahiran menangkap gambar seperti gambar flora. Gambar seperti diatas banyak dijadikan latar belakang dan dihiasi dengan kata-kata puitis. Hal ini demikian kerana, masyarakat di Malaysia gemar dengan tulisan berbentuk puitis daripada A. Samad Said, Baha Zain, Datuk Zurinah Hassan dan sebagainya. Oleh itu, juru gambar atau sesiapa sahaja akan menyimpan gambar dan menyunting kata-kata motivasi, kata-kata puitis dan diletakkan sebelah kawasan bunga mahupun daun-daun hijau seperti gambar diatas.




Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...