Saturday, December 14, 2019

BBM3410Satu2019: Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)( (Hael Husaini- Hajat)



Assalamualaikum semua... jawablah salam!! Walaupun penat okey?


Tujuan penulisan blog pada kali ini ialah untuk memberikan satu kejutan bahawa tugasan yang diberikan oleh Prof. sangat membantu dalam dunia penggambaran. Kawan-kawan mesti nak tahu kan? Kami diberikan satu tugasan untuk membuat video Flat Lay secara berkumpulan. Jadi mana-mana yang tidak mengetahui apa itu Flat Lay, saya akan memberi tahu makna disebalik Flat Lay itu. Flat lay ialah salah satu kaedah terkini dengan hanya meletakkan barang-barang sedia ada pada tapak rata untuk mengambil gambar dari atas. Ianya cukup mudah dan akan menghasilkan gambar yang sangat menarik sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul.


Kawan-kawan nak tahu tak? Nak buat kerja secara berkumpulan ini bukan biasa-biasa tau. Nak cari masa untuk membuat penggambaran ini sangat-sangatlah menguji kesabaran saya. Tetapi nasib baik ahli kumpulan saya jenis yang ting tong boleh reda kan situasi hambar, krik-krik. Hahahhahahahahahahhaha. Yang paling menyeronok buat tugasan video Flat Lay ini, saya boleh mengetahui teknik penggambilan gambar dengan betul. Ya Allah rasa bersyukur sangat-sangat, kalau tidak saya main hentam sahaja ambil gambar. Terima kasih Prof. 😭😭


Saya tak tipu kawan-kawan, permulaan nak buat video mungkin agak mencabar. Tetapi selepas siap video Flat Lay. Segala penat itu akan terhapus secara tiba-tiba. Kalau kawan-kawan tak percaya, tengoklah Channel Youtube kami Gadis Trex Production okey? 

Terima kasih semua!




          Fotografi 5 (Flat Lay Kumpulan)( (Hael Husaini- Hajat)



























No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...