ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL
Bab 1 membincangkan tentang penggunaan media sosial di dalam kelas bahasa. Malah media sosial dilihat sebagai sebuah medium yang berguna yang boleh digunakan untuk berkongsi sumber dalam kelas, berita dan kerja yang melibatkan pelajar. Tambahan pula, menurut Grahl (2013) terdapat jenis-jenis media sosial seperti Rangkain Sosial (Facebook, Linkedln), Laman Penanda (Delicious), Perkongsian melalui Media (Instagram, Youtube) dan lain-lain lagi. Bab 2 pula membincangkan tentang penggunaan Twitter dan Trend Terkini memberikan satu kelebihan untuk memudahkan penyampaian maklumat terkini secara pantas, efisyen. Penggunaan Twitter jelas memberikan impak positif kepada pengguna. Malah dalam bab 2 ini juga, menyatakan bahawa kebanyakkan pengguna Twitter terdiri daripada golongan berpendidikan. Hal ini demikian kerana, Twitter merupakan platform yang memiliki aura positif berbanding media sosial yang lain. Malah, menurut kajian Normaliza Abd Rahim (2011), Twitter merupakan platform untuk mendapatkan berita terkini dan memberikan kesan yang besar kepada kehidupan seseorang. Seterusnya ialah bab 3 menjelaskan tentang Facebook masih digunakan. Menurut Mills, (2009) Facebook memberi banyak kelebihan kepada pelajar. Misalnya, melibatkan komunikasi antara manusia serta memberikan pertukaran sosial antara peserta. Tambahan pula, menurut Blattner & Fiori, (2009) Facebook boleh mempromosikan perkembangan kecekapan komunikasi sesame pelajar. Bab 4 Instagram mnyeronokkan. Kajian yang telah dilakukan oleh berapa pengkaji mengenai Instagram sangat memberikan keseronokan kepada pengguna Media Sosial. Malah, kenyataan ini disokong oleh Normaliza Abd Rahim & Nur Maisarah Roslan (2016), menyatakan bahawa Instagram mampu melahirkan persekitaran positif dalam kalangan generasi muda.
Bab 5 pula membincangkan tentang E-mel masih popular pada masa kini. Kajian bab 5 ini adalah memperkenalkan kepada pelajar dengan (ESL). (ESL) merupakan kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Menurut Hashemi, (2011) pelajar tidak mampu untuk menguasi dengan baik pembelajaran bahasa Inggeris dalam mana-mana negara di dunia, terutamanya apabila bahasa Inggeris bukan bahasa utama mereka. Oleh itu, penggunaan (ESL) ini mampu memberikan impak kepada pelajar terhadap kemahiran berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan e-mel. Seterusnya Bab 6 kajian tentang Blog di dalam kelas bahasa. Di dalam bab 6 ini, menurut Normaliza Abd Rahim (2014), telah menyenaraikan 10 cara penggunaan penulisan blog dengan baik. Hasil daripada 10 cara penulisan ini, membantu pelajar untuk menulis blog dengan baik. Malah, membentuk keyakinan diri seseorang. Bab 7 pula bertajuk Isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Menurut Waheed et.al (2017), memberikan justifikasi bahawa rangkaian sosial digunakan untuk bersosial dan berinterkasi secara professional dengan orang ramai. Oleh itu, rangkaian sosial ini memberikan ilmu pengetahuan tentang penggunaan ejaan, perkataan, struktur ayat dengan betul. Ahkir sekali ialah bab 8 Impilaksi Pedagogi. Di dalam bab 8 ini, membincangkan tentang kesan penggunaan media sosial. Penggunaan media sosial ini memberikan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan seacra sppesifik untuk mengukuhkan pembelajaran, kefasihan bahasa dan sebagainya. Implikasi buku ini memberikan ilmu kepada semua tentang penggunaan Media Sosial
Harga Buku: RM60.00
Penulis Buku: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim.
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Terengganu Malaysia.
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#KelasAmaliMinggu12
#3Disember2019
#PoseAlaAlaBabyPianBolehKe?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mekar dalam jiwa
Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...
-
Assalamualaikum semua..apa khabar? Sudah agak lama saya menyepi, hari ini baru ada semangat untuk melawat blog. Hahahahhaha, ini pun g...
-
Assalamualaikum semua... Hari ini saya akan nak kongsi beberapa keping gambar kalender aku buat sendiri tau. Mesti korang kagum kan? Hehheh...
-
Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...
No comments:
Post a Comment