Sunday, December 15, 2019

BBM3410Satu019: Ketika dan kalimatSatu2019

Ketika dan Kalimat

Bismillah...

Pejam celik pejam celik riwayat hidup bergelar mahasiswi semakin hampir. Usah menghitung hari, hitunglah detik indah bersama orang yang sentiasa memberi kamu ketenangan, kebahagian. Walaupun sebenarnya kamu bukannya kategori orang yang tenang, belajarlah untuk tenangkan diri sendiri ye. Terima kasih Fatin Nageeha kerana mampu tempuhi liku-liku bergelar pelajar Bacelor Sastera Bahasa dan Lingusitik Melayu.

Kalau ikutkan pada permulaan semester pertama sehinggalah semester keenam, banyak cabaran dan dugaan untuk menghabiskan setiap semester. Tipulah kalau tak rasa down nak siapkan semua kerja. Bila dah masuk semester tujuh saya tertunggu-tunggu nak daftar kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Hah! kawan-kawan mesti pelik kan, sebab sebenarnya saya lebih suka dengar muzik, lakonan berbanding baca Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, menghafal teori dan buat rumusan, ulasan kelas amali En. Akmal. Cuma aku banyak diamkan diri takut kena kecam. Hehehhehehe semua itu sebenarnya laghakan? Tapi masing-masing punya minat bagaimana dia mengolah muzik itu menjadi satu motivasi, boleh hilangkan stress dan lain-lain lagi.


Sepanjang aku mengikuti kelas Multimedia dalam Bahasa ini daripada minggu pertama sehinggalah minggu keempat belas. Pelbagai bentuk emosi yang menjelma. Hahaahahaha. Biasalah nak habis belajar banyak benda boleh bertukar daripada seorang yang ceria, berubah menjadi garang, daripada banyak bercakap... diam seribu bahasa. Itu lumrah kehidupan. Aku pun tak lari daripada semua itu. Salah satunya desakkan masa menyebabkan tekanan kepada aku untuk diam. Nak berlawan dengan emosi sendiri itu lagi sakit daripada lawan emosi dengan manusia sekelilling. Bila subjek Multimedia dalam Bahasa sudah menakluki rutian harian aku setiap minggu. Kalau semester lepas, bila tibanya hujung minggu, aku boleh goyang kaki ala-ala Datuk Aliff Shukri, tetapi semester akhir ini bukan senang wei nak habiskan aku kena keluar pergi shooting video, ambil gambar. Sebenarnya nak pergi shooting video atau ambil gambar dengan ahli kumpulan tidak memberikan tekanan pun, tetapi disebabkan masa! masa! masa! 😢emosi nak nangis, risau, stress itu menjelma. Tapi nasib baik aku diberikan satu kelebihan kumpulan yang banyak memberikan kekuatan. Yeke? Hahahahhahahahaha.

Biasalah hidup dalam berkumpulan susah untuk mendapatkan kesefahaman, tapikan Prof. alhamdulillah saya dapat team yang boleh dibawa berbincang. Kadang-kadang apa yang kita cuba sampaikan di whatsApp boleh bawa gaduh. Hahahhahahaha disebabkan salah faham. Oleh itu, cewah ayat tatabahasa sangat!!! Kalau ada masalah apa-apa cuba bercakap di depan orang tersebut atau kalau taknak gaduh diamkan diri jangan sebarkan kebencian itu kepada orang lain. ''Hidup mesti diteruskan walaupun perkataan Redha sentiasa menghantui''.



Terima kasih team Gadis Trex Production kerana banyak mengluangkan masa bersama-sama menyiapkan video demi video untuk memberikan kebahagian hakiki kepada Prof. Hehehehe. Terima kasih kerana kita semua berjaya mengharungi liku-liku kehidupan untuk membuat video. Halalkan segala silap yang dilakukan sepanjang kita kenal. Orang dulu-dulu cakap ''Tak Kenal Maka Tak Cinta''. Terima kasih kepada ketua pengarah Gadis Trex Production Syamimie Hussin (mimie) berjaya memikul amanah sebagai ketua yang bijak mengendalikan anak-anaknya, walaupun kadang-kadang mimie sebenarnya tak redha. Opsss!!! Terima kasih Mimie. Tak lupa juga kepada ahli-ahli kumpulan yang lain Miza, Hanna, Bilah, Farah, Eyra, Fizah, Afaa, Kyraa dan khaireen banyak memberikan peluang untuk saya menonjolkan bakat untuk berlakon, mengarah! Hahahhhahha. Takdelah, dengan adanya kursus ini memberikan satu kekuatan untuk kita belajar corak pemikiran orang itu bekerja sama ada cepat, lambat, suka merungut dan lain-lain lagi.


Terima kasih juga kepada geng Bahasa Lingusitik Melayu (BLM), kita sudah berjaya melepasi semester tujuh dengan pelbagai lompang tetapi lompang itu perlu ditukar ye semua teman-teman penyataan masalah tu!! Hehehehhe gurau je. Terima kasih, terima kasih geng BLM untuk tiga tahun setengah ini. Walaupun ada di antara kita jarang bertegur siapa, percayalah saya, awak, kita semua sebenarnya saling menyayangi antara satu sama lain. Semoga kita semua boleh membahagiakan diri sendiri, mak ayah, adik-beradik dan orang sekelilling. Belajar untuk menerima kritikan, belajar menerima idea ditolak, belajar menerima, belajar menerima! Pasti suatu hari nanti perkataan redha akan sebati dalam diri kita semua.

Akhir sekali, terima kasih Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim kerana memberikan satu perkataan yang sudah melekat dalam diri saya iaitu REDHA. Walaupun jiwa saya dah koyak dengan kerja yang berlambak tetapi tugasan yang Prof. bagi lebih menyeronokan. Saya banyak menerima tekanan daripada subjek lain. Hahahhahhahahaahha pelik kan? Prof. kena percaya saya tak tipu!! Hahahahhaha. Terima Kasih En.Akmal kerana menghuru-harakan kehidupan saya selama 14 minggu. Sakit oiii setiap hari selasa je perut masuk angin tak sempat makan. Sebenarnya Kelas amali ini banyak main otak, sekali En.Akmal bagi tugasan nak siap cepat... aduh seksa jiwa dan raga. Nasib baik Prof. suruh redha redha redha.

Terima Kasih Prof. untuk empat belas minggu melayan karenah kami semua sekejap redha, sekejap tak redha sebenarnya. Akhirnya, kami semua dah redha sangat-sangat!!!
Kami semua sayang Prof. Normaliza binti Abd Rahim. 😍



Bersama Prof. Normaliza kesayangan semua orang


Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu


 
Gadis Trex Production


 Team Gadis Trex Production membuat sesi pengambaraan untuk pertama kali



  Terima Kasih geng Gadis Trex Production (Farah, Hanna, Mimie, kyra, khaireen, Fizah, Afaa, Miza, Eyra, Nageeha dan Bilah
Gadis Trex Production memang padu, terbaik!!





No comments:

Post a Comment

Mekar dalam jiwa

 Terlalu sulit untuk memberikan madu Mengukir daun-daun yang jatuh Tak sama seperti memetik bunga di taman Kamu mekar di saat lingkaran tang...